Tuesday, September 30, 2008

Aneka warna kerongsang



Aku plg suka bab kerongsang nih...siap ada satu pouch lg khas utk benda2 nih...aku beli utk aku dan beli sekali utk SIL aku yg duk kat juru penang...:D aku tya dia tema thn ni kaler apa...dia kata campur2...so aku bg dia plh salah satu la...lg satu pas kat biras aku yg baru bersalin ari tu...:D aku pun beli gak yg jns panjang2...hubby pgl kerongsang yg pnjg2 tu janggut...mencik...mencik tau...dia ingat kambing ker...:p

Monday, September 29, 2008

Iklan Raya Petronas

Korang mesti dh tgk iklan ni kan...ok gak sedih n pengajaran tuh...petronas buat iklan mmg meletops...hehe...tp iklan yg aku x bole lupa iklan sekor lembu naik sampan...adik bradik tu beli utk mak dia...smpi pengsan org tua tuh...hiks...so korang layan la ya...slmt berbuka pose...!!

* Nota - N3 ni aku auto publish...nanti lps cuti aku lawat blog korang ya...:D

Sunday, September 28, 2008

Batu terapung


Keterangan : Bukti kebesaran Allah SWT batu tempat duduk Nabi MuhammadSAW sewaktu Israk Mikraj sampai kini masih tetap terapung di udara. Pada saat Nabi Muhammad hendak Mikraj batu tersebut nak ikut bersama, tetapiNabi SAW menghentakkan kakinya pada batu tersebut, maksudnya agar batu tersebut tidak dibenarkan ikut.Kisah Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW tentang batu gantung tersebut yangberada dalam masjid Umar (Dome of the Rock) di Lingkungan Masjidil ALAQSA di Yarusalem (Baitulmuqadis).
Foto ini dari seorang hamba Allah sewaktu melawat Al Aqsa (ygsebenarnya) di Jerusalem, Subhanallah ... !!

Foto ini dapat dibolosi kerana tidak diketahui oleh pihak Israel yang berkawal dan menjaga tempat tersebut dengan ketat.
Sampai sekarang masjid "dome of rock" ditutup untuk umum, dan Yahuditelah membuat masjid lain iaitu Al Sakhra tak jauh disebelahnyadengan kubah "emas" ( yg sering terlihat di poster2 yg disebarkan keseluruh dunia dimana2 ) dan disebut sebagai Al Aqsa, untuk mengelabui ummat Islam dimana masjid Al Aqsa yang sebenarnya, yang Nabi MuhammadSAW pernah sebutkan Al Aqsa sebagai "masjid kubah biru".Sekarang ini masjid Al Aqsa yg sebenarnya sudah diambil alih oleh Israel dan merancang untuk dihancurkan untuk diganti sebagai tempat ibadah mereka kerana bersebelahan dengan tembok ratapan bangsa Yahudi.

Saturday, September 27, 2008

Tag lg

aku dpt tag ni dr mama yg suka motor besar ni...kelasssss ko dik...hrp ko puas hati dgn jawapan akak yer...here we go!!!

1) 1st time naik kapal terbang?
dulu2...dh lama dah...itupun masa ayah jd askar dulu...hehe

2) 1st time beranak?
02/10/2003...arwah anak...MUHAMMAD LUQMAN HADI

3) 1st time gi overseas?
x pnh lg...hajat dihati tu ada...insyaallah klu ada rezeki lebih...mana tau kan...:D

4) 1st time duduk jauh daripada family?
Masa msk asrama...form 4...di ERT Rembau N9...:D

5) 1st time kerja?
Lps sekolah...jd minah kilang...kat Tmn Kermat... :p

6) 1st time rasa diri gemuk?
hahaha...masa keja kilang...kurus jap masa nak kawin..pastu lps kawin...ya ampunnnnnn...:p

7) 1st time bercinta?
Masa lps sekolah...cinta pertama kan...smpi skrg x leh lupa...(matilah klu hubby baca ni...)...skrg hubby lah cinta hati buat selama-lamanya...:D

8) 1st time rasa diri cantik??
cantik ke...manis je ada...hehe....:p

9) 1st time masuk cinema?
ntah x ingat la...:p

10) 1st time admitted in hospital?
tak pernah pun...setakat ni alhamdulillah..ada pun masa lahirkan Muhammad Luqman Hadi...sehari semlm jer...:D

oklah ini antara jawapan cepumas nya ya...hehe...so skrg ni aku nak tag...jeng3x...kita tgk sape yg kenaaaaa...hrs jwb ok...sudi2 kanlah... :p

1. Kak Jah
2. Aleeya
3. Idashah
4. Cendawanintim
5. Mummy lieza

Sebentuk cincin untukku

Waktu kecil-kecil dulu, aku sering cemburu pada ibu. Bukan cemburu kerana ibu lebih cantik atau menawan dariku. Tapi aku cemburu bila> melihat ibu selalu membeli barang-barang keperluan dirinya yang pelbagai. Ibu selalu membeli baju-baju baru, yang kebanyakannya disimpan di dalam almari usangnya. Boleh dikatakan setiap bulan, ibu akan membeli kain ela baru untuk dibuat baju. Kadang-kadang ibu beli tanpa memberitahuku. Tahu-tahu, sudah tergantung di dalam almari. Pakaian ibu cantik-cantik dan sebagai anak yang sudah meningkat remaja (14 tahun) aku akui rasa cemburu setiap kali ibu menunjukkan pakaian barunya sedangkan aku waktu itu, jarang dibelikan persalinan yangbaru.Satu lagi yang membuat aku sebal dengan sikap ibu ialah, ibu selalu membazir duit dengan membeli barang-barang kemas yang pelbagai bentuk. Cincinnya hampir semua jari ada tersisip. Rantai leher ada lima utas. Yang satu bergulung-gulung hingga ke dada. Yang satu lagi bulat-bulat bagai kepingan syiling lima puluh sen. Ibu sanggup berhutang hanya untuk mendapatkan rantai baru. Aku tidak tahu apa keperluan semua itu. Aku lihat jiran-jiran ibu juga begitu. Kerlipan emas sarat di leher, tangan dan jemari. Aku tidak tahu apakah itu satu pemandangan biasa atau keperluan bagi orang-orang yang seusia dengan ibu. Yang sebetulnya, aku kecil hati kerana ibu tidak pernah membelikan barang kemas walau sepasang anting-anting pun untuk aku. Aku jadi sakit hati juga kerana kakak-kakakku masih lagi mendapat sekurang- kurangnya sebentuk cincin dari ibu.

Biasanya cincin yang ibu rasakan sudah lama dipakai, ibu akan berikan kepada kakak-kakakku, tetapi tidak aku. Ini membuatkan aku betul-betul sakit hati. "Mak ni, asyik beli rantai... jee... kan mak dah banyak rantai.."Aku membebel satu hari bila mak menunjukkan seutas rantai yang baru dibeli. Juga secara hutang. "Tak apalah Nana, mak saja simpan banyak- banyak. Mana tahu, mungkin berguna satu hari nanti. Lagipun rantai ni ayah kamu dah janji lama nak belikan mak dulu..."Aku muncung dengar mak jawab begitu. "Asyik belikan mak.... aje. Orang punya takde belikan pun..."Aku mencebik. Seharusnya aku anak perempuan yang bongsu patut dilebihkan dalam segala hal. Tapi ibu tidak pernah bersikap begitu. "Ibu belikan kak yah dan kak Ani cincin, tapi Nana ibu tak belikan apa-apa pun..." "Nana kan masih sekolah. Kalau Nana nak pakai barang kemas, tunggu dah kerja esok."Begitu selalunya ibu membahasakan aku. Sakit hati aku. Tambah sakit hati, bila saja Ayah dapat hasil kebun lebih, ibu menukar rantainya dengan yang lebih besar lagi. Ayah tidak pula marah. Pelik aku dengan sikap ayah. Lama-lama aku jadi malas untuk melayan sakit hatiku lagi. Bila aku terlihat cincin atau rantai baru dileher ibu, aku hanya diam saja. Aku tidak mahu bertanya apa-apa. Sehinggalah aku masuk ke asrama di bandar dan mengambil SPM. Setiap kali aku pulang dari asrama, aku lihat ibu masih dengan hobinya mengumpul barang-barang kemas. Bila aku mendapat tawaran belajar di universiti, aku tidak tahu sama ada ibu gembira atau sebaliknya. Kerana dalam keluarga belum pernah ada anak-anaknya yang berjaya belajar di universiti. Aku tidak kisah kalau ibu tidak berbangga dengan hasil usahaku kerana sedari kecil memang cita-citaku untuk ke universiti begitu kuat sekali.

Kini hasratku itu telah tercapai dan tiada apa lagi yang lebih menggembirakan selain kejayaan ini.. Aku sudah boleh hindarkan perasaan cemburu andai ibu lebih sayangkan kakak-kakakku atau ibu lebih sering membelikan pakaian atau perhiasan untuk mereka berbanding aku. Memang aku bukanlah manja sangat dengan ibu kerana 3 tahun aku di asrama. Sepanjang tempoh itu aku tidak kisah lagi kalau ibu tidak belikan langsung apa-apa untuk aku. Aku tidak perlukan barang-barang kemas begitu dari ibu. Aku boleh beli sendiri bila aku sudah bekerja> nanti. Yang penting aku sudah buktikan yang aku lebih bijak dari kakak- kakakku yang lain. Masuk tahun kedua pengajian, aku sering mengalami lemah badan dan pening-pening yang keterlaluan. Kadang-kadang aku terpaksa ponteng kelas dan ini sedikit sebanyak memberi tekanan kepada pelajaranku. Aku tidak pernah mengadu pada sesiapa walau dengan ibu. Kerana aku tidak> pernah merasakan ibu akan memberi perhatian kepadaku. Sehinggalah aku pitam sewaktu beratur mengambil makanan dan hanya tersedar bila merasakan genggaman di jemariku. Wajah ibu yang penuh garis-garis halus itu aku tatap pilu dan terasa ada getaran dalam dadaku. Betapa aku tidak pernah membelek wajah itu sungguh-sungguh sebelum ini. Dan baru aku sedari betapa berbezanya wajah ibu kini. Aku cuba bersikap seperti biasa bila doktor memaklumkan akan keganjilan darahku yang menyebabkan ia tidak dapat mengalir senormal mungkin. Penyakitku belum diketahui, tetapi darahku harus dicuci. Aku juga harus menjalani pembedahan dibahagian buah pinggang. Sejak ituibu mengunjungiku saban hari. Dia membawakan apa-apa saja yang dirasakan menjadi kegemaranku.

Suatu hari, bila ibu bawakan aku lepat pisang makanan kegemaranku aku jadi begitu terharu lalu aku menangis teresak-esak. Tapi aku hanya menangis dalam diam-diam. Aku terlalu menghargainya tetapi aku tidak tahu bagaimana untuk meluahkan. Aku tidak mahu dia melihat aku seperti terlalu berharap akan kasih sayangnya. Saban hari ibu menemani dan menyuapkanku makan, aku mula sedar betapa ibu juga menyayangiku, cuma mungkin dia tidak atau kurang menunjukkan perasaannya. Aku jadi malu kerana sering beranggapan ibu menyisihkanku. Beranggapan yang ibu tidak mengendahkanku semata-mata kerana dia tidak pernah membelikan apa-apa untukku. Setiap kali ibu ingin pulang, aku teringin sekali memeluk dan mencium pipi ibu, tetapi aku rasa janggal dan malu untuk melakukannya. Aku hanya mampu mencium tangan ibu seperti selalu.Aku tidak mengharapkan ibu menemaniku setiap hari. Bukan kerana aku tidak suka, tetapi aku tidak mahu dia menghabiskan wang semata-mata untuk berulang alik dari rumah ke bandar. Pendapatan ayah bukanlah besar sangat. Tambahan adik lelaki masih belajar di menengah. Pembedahanku pula terpaksa ditangguhkan kerana kekurangan wang. Aku terpaksa mendahulukan wang biasiswaku tetapi ia masih tidak mencukupi. Semalam, ibu tidak mengunjungiku. Hari ini juga tidak. Hanya Ayah yang terpacul tengahari itu dengan membawa khabar gembira. Wang yang dikumpul telah mencukupi dah aku akan dibedah secepat mungkin. Bila aku bertanyakan ibu, Ayah menyatakan ibu tidak berapa sihat dan tidak dapat datang. Aku menunggu hari esok dengan sabar. Pagi itu aku disorong ke bilik pembedahan. Aku tidak tahu berapa lama pembedahan tersebut. Bila tersedar aku melihat wajah ayah dan kedua kakakku di sebelah. Aku mencari wajah ibu tetapi tiada. Sedang wajah- wajah didepanku terlihat mendung dan muram.

Aku tidak tahu apakah mereka tidak gembira melihat aku selamat. tidak menjawab sebaliknya hanya memandangku dengan mata yang mula berkaca. Setelah berkali-kali aku bertanya, Ayah memelukku erat sambil berbisik ditelinga. Aku terjelepuk dan tidak sedar diri selepas itu. Kata ayah, ibu baru semalam disemadikan. Ibu tidak dapat diselamatkan setelah parah dilanggar motorsikal dari belakang. Aku tidak dapat menahan hiba bila ayah menyatakan, ibu baru saja beberapa langkah keluar dari sebuah kedai pajak apabila tubuhnya disambar motorsikal yang dipandu laju. Ibu dikejarkan ke hospital dan sempat menyerahkan bungkusan itu sebelum menghembuskan nafas. Kata ibu, bungkusan itu untuk aku. Tanganku terketar-ketar saat membuka bungkusan kain perca itu. Terlihat sebentuk cincin halus yang bermata satu. Cincin itu untuk aku. Ibu telah menebus semula cincin itu untuk dihadiahkan kepadaku. Bila aku harus menjalani pembedahan, dan wang yang terkumpul masih belum mencukupi, ibu telah menggadai semua barang-barang kemasnya hingga tiada satu yang tersisa. Hanya tinggal cincin itu untuk diberikan kepadaku. Ibu bercadang untuk memberikannya kepadaku bila aku sembuh nanti. Akhirnya, ibu berikan juga aku sebentuk cincin. Bukankah itu yang selalu aku harapkan selama ini? Adakah ia telah dapat membayar segala rasa iri hatiku selama ini? Tiba-tiba aku rasa dunia ini begitu sepi. Aku rasa seperti telah ditinggalkan jauh oleh orang yang amat aku perlukan .Kenapa baru sekarang aku sedar segunung intan permata pun tidak akan mampu menandingi kebahagian memiliki seorang ibu. Dan segunung intan permata juga tidak dapat membayar air mata seorang wanita yang telah melahirkan aku.

*Nota : N3 ni auto publish... :D lps blk cuti raya aku lawat blog korang ya...

Friday, September 26, 2008

Salam Aidilfitri... !!!



Salam...pepagi esok dlm kul 4 pagi aku dh bertolak balik kekedah...kami konvoi 2 keta ngan member hubby...so di kesempatan ini aku nak ucapkan "Selamat Hari Raya...Maaf Zahir dan Batin"...kira 0-0 ok lps nih... Thumbs Up Bawak keta tu hati2...jgn nak cpt je blk ke kg...ni pesanan utk hubby gak...jgn dia racing ngan member dia udah... Duh ...aku blk kg smpi 8hb br balik KL ...pastu blk sepang la plk...hubby lak ada kursus ari ahad 12hb tu...3 hari 2 mlm... No mkn lemang n ketupat tu jgn lupa aku ek... Ummm ...sooooo hepi holiday koranggggg!!! Blow Kiss
Nota - aku dh buat auto publish dr 27hb sampai 9hb/10...jgn lupa sgh n jgk ya... tuan punya blog aje cuti...tp n3 blog x cuti...muahhhhhhsssss...Thank You





KLIA





Ari isnin lps kami pi htr lie kat KLIA...flight pkl 1 pg...so kami htr kat luar jer...sian anak buah aku tu...sayu jer muka dia masa nak pg tu... Feeling Blue hubby kata "takpe lie...berkorban skt ya"...aku rasa cam rendang je bila berdiri sblh lie masa nak ambik gambo...sori gambo x clear sgt...memsg tangan x bedung tul ambik gambo gegar... Dismay wah kami lak bergambo sakan kat situ...mcm kami lak yg nak pg obersea... Cover Up ...mana tau kan ada rezeki...bole aku lawat ko anis kat Australia sana... Rolly 3





Telur dadar berinti daging


Smlm aku masak simple sgt...sbb nak hbs kan stok yg ada...pastu hubby beli roti john sedap...janji kenyang...burpppppp..alhamdulillah... Goofy ...lg pulak kena ngan ikan masin bulu ayam nih...perah limau...fuhhhhh terangkat beb... Way Too Happy daging lbh aritu buat pie ada lg...so aku masuk sekali kat telur dadar tu...nak dkt pukul 7ptg...jiran sblh bg ikan cencaru simbah sambal...rezeki lg.... layannnnnn... Heart Sunset












Congrats NISA



Ari isnin sblm htr lie kat klia...kami pg umah ain...pastu nisa tjk gambo dia masa konvo dia kat perak bln lps...manis senyuman ko nisa...hari plg gembira ek...tahniah yang... Bravo! mesti ibu n ayah ko bangga anak sulung dia akan jd cnth pada adik2 dia nanti...ain aku buat khas bunga tmph kat kwn dia....yg kat tangan nisa tu dr duit RM10 jd kuntuman bunga...cantik kan lain dr yg lain... Hysterical dan skrng ni nisa keja di PETRONAS Bangi...berbaloi la ko blaja tinggi2 ek...bole bantu ibu n ayah...ringankan beban mereka.... anyway TAHNIAH sekali lg dari kaklg n hubby ya.... Blow Kiss