Thursday, May 15, 2008

Kisah Pendayung Sampan

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian. Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian.Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan." OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu.

Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai... Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan... "Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu. "Hampir seumur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas. "Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya". "Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu. Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya...

Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri. Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting.

Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

Morale of the Story: Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi.

11 comments:

Ida Naziri said...

moral nya jgn pandang rendah pada org. klu belajar tinggi pun tak semesti nya hebat...

tp jgn malas belajar lak ilmu tu penting hiks!

ita.itu said...

betul tuh jgn pndg org sebelah mata kan

Mieza's Penny said...

idashah - btl tu...:D

ita - haah lain la juling...diampunkan..hehe

Miss Nazla said...

naseb la IQ naz tinggi, tp baik ati hahahaha (ayat puji diri sendiri)

tade la kak. cuma frust ade lg manusia pandang org len sebelah mata ek?

Mieza's Penny said...

naz - hehe..siapa nak puji klu x kita sendiri ek..ntahla naz.. rmbt sama htm hati lain2...:D

Anonymous said...

layan owg sekeliling sama adil..bukan mengira pangkat,harta..sbgai manusia kita suma sama..wahh..tetiba jer tauruz emo..ihiks

Mieza's Penny said...

rima - btl ckp ko tu..kekdg nak berkwn pun memilih...mcm bgs sgt..:p

iMz said...

btol kata idashah tu...kalu blaja tinggi mana pun kena ingat jugak org kt bawah...

Mieza's Penny said...

imz - haah aku pun setuju...:D

NN said...

stuju jugak...
xsemua benda kita tau..

ada benda yg kita tatau, tapi org lain yg kita tak pandang bole tau..

melainkan si Dia yg maha mengetahui..

Anonymous said...

Thanks to the blog owner. What a blog! nice idea.