Wednesday, May 28, 2008

Tips suami n isteri (bakal pun bole gak...)

tips ni aku dpt dr member...padahal blm kawin lg member aku tu...takpe belajar dulu nanti dh kawin praktik kan ya...N3 ni khas utk korang2 yg dh kawin atau bakal kawin... :D

*Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
* Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman dibibir.
* Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
* Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love You sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan ditelefon dan sebelum tidur.
* Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
* Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
* Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
* Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
* Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting anda berada disisi.
* Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
* Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
* Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
* Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
* Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
* Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
* Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
* Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
* Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.


Nota - Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

22 comments:

FF said...

no cmnt. ahhha. =))

saya budak kicik lagiii. ;)))

Mieza's Penny said...

rara - jgn2 tup2 dh nak kawin..bc gak bole praktik nanti yang...:p

muadzlife said...

wahhh..manyak nyer tips...hihhhii
tapi kebykkannya mmg dah jadi rutin kami :)

ita.itu said...

aduhh..kena amalkan nih

mummysyafie said...

yang first tu mmg ado buat tiap pagi..tapi pas tu..dier ikut jalan kiri..kiter ikut jalan kanan..walhal kerja satu level jerr..

Anonymous said...

thanks along...

satu ilmu gak ni...

applepie said...

hehhehe..ni sok2 nak kawin, harus arr kena terjah balik blog akak utk reference nih.. :)

pearl'E.J said...

fuhhhh nasib baik bnyk gak dari amalan2 diatas mmg dipraktikkan oleh ej n hubby... cuma kalau boleh nk buat semua2 tu aja.. hehehehe...
mekasih along share2 tips.. :D

Anonymous said...

tips pasangan paling lama berkahwin di mane ntah..
"peluk dan cium isteri setiap malam sebelom tido"
huhu..
romantik gitu..

NN said...

:D
mekasih share..

Mieza's Penny said...

muadz - bgsla...:D

ita - amalkan tau...

mummysyafie - hehe...

eira - sama2 kita share ek...

apple - hrs gitu kan...:D

ej - bgs ej teruskan ek...sama2 kita share kan...

lc - tq yang...

menteil - ko pun hrs pratikkan nanti lps kawin...:p

nikli - sama2...:D

Anonymous said...

Thank's along sbb share tip2 neh..

iMz said...

nk balik practisla..tp ade jgk yg dh amalkan...ehheeh..bagus info ni..

Ida Naziri said...

bagus tip nih. aku selalu amal kan hehehe

Mieza's Penny said...

rima - sama2 yang...:D

imz - hehe...praktis jgn x ...

idashah - hehe...bgs2...:D

rasp said...

mieza, makacih bagi tips nie!

Mieza's Penny said...

rasp - sama2 kasih...:D

Ziana said...

kene cut n paste nih..
thanks kak coz share!

eedany said...

hehehehe...

bagus untuk pengetahuan bersama.

thanks for sharing.

:)

Mieza's Penny said...

ziana - ambik dik...buat simpanan kay...:D

eedany - welkam yang...:D

eLLy said...

along sent email tu kat enot78girls@yahoo.com

elly nak print kasi cik abe bace..
klu sorang je baca tak syok gak!

Mieza's Penny said...

elly - dh buang la email tu...ko bukak je lah blog ko n bg dia baca...:D