Showing posts with label amalan. Show all posts
Showing posts with label amalan. Show all posts

Monday, October 20, 2008

Today it's my besday




wah cepat tul terasa umur ni meningkat ek...dh jd makcik n nenek saudara pun...huhu...kena perbanyakkan amalan ni...:D dan inilah doaku selepas selesai solat..." Ya ALLAH... ko lanjutkan usia ku, luaskan rezeki ku , kurniakan hamba mu ini kesihatan yg baik dan peliharalah hubungan kami suami isteri dan juga seluruh umat islam...AMIN ".

hubby dah wish smlm tepat2 pukul 12mlm...hehe. apa hadiah utk saya besday kali ni yanggggg...hadiah ke belanja makan...:p smlm pun byk terima sms dan call siap nyanyi lagu besday lg, gelak mengekek2 aku smlm...anyway tq semua...sekurang2nya diri ini msh diingati...:D

Wednesday, June 11, 2008

PETUA IMAM SYAFIE

ini ada sikit tips yg berguna n elok klu kita rajin amal...aku nak share2 ngan korang... :D

4 PERKARA UNTUK SIHAT :-
Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR :-
1. TIDUR PARA NABI - Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH - Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan
terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA - Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN - Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Wednesday, May 28, 2008

Tips suami n isteri (bakal pun bole gak...)

tips ni aku dpt dr member...padahal blm kawin lg member aku tu...takpe belajar dulu nanti dh kawin praktik kan ya...N3 ni khas utk korang2 yg dh kawin atau bakal kawin... :D

*Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
* Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman dibibir.
* Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
* Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love You sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan ditelefon dan sebelum tidur.
* Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
* Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
* Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
* Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
* Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting anda berada disisi.
* Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
* Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
* Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
* Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
* Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
* Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
* Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
* Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
* Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.


Nota - Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.